.: Laman Utama .: Langganan .: Hubungi

Lihat Majalah Online (Contoh) Koleksi Cover Majalah Iklankan Produk Anda e-Majalah 2009 e-Majalah 2008

 
  Kepulan awan & budak bakal nabi  
  [Kembali ke Laman Utama]
Topik-topik November 2009
Pembesaran Masjidil Haram guna teknologi canggih
Amanah besar Dr Ismawi
Terpaksa korbankan lokasi bersejarah
Gaddafi Hang Jebat dunia Islam
Migrain: Gumpalan wap panas dalam kepala
Wanita Berbeza tapi jangan didiskriminasi
Dinar emas Senjata baru umat Islam
Mekanisme stabilkan ekonomi negara Islam
Jin Notti Ulangi humor klise filem Melayu
Kepulan awan & budak bakal nabi
 
Bahirah memandang ke arah kafilah itu dan masih melihat awan di atas dan dahan-dahan pokok itu bengkok melentuk ke bawah. “Hai nampak ada lagi kawan tuan di sana,” kata Bahirah.
“Tidak ada, semua ada di sini,” jawab ketua mereka.
“Saya tahu mesti ada lagi,” sambut Bahirah yang cuba merenung tempat itu, 100 meter jauhnya.
“Hanya seorang kanak-kanak, kami suruh jaga barang dan unta-unta kami,” terang ketua kafilah. “Nanti dia datang rehat, ikut giliran.”
“Panggil dia segera,” kata Bahirah. “Tak perlu tunggu barang-barang tuan. Di sini selamat.”
Budak itu dipanggil masuk sama berehat. Bahirah melihat awan itu terus hilang dan dahan-dahan pokok kembali seperti asal. Sambil melihat budak itu masuk berehat Bahirah melihat juga awan tadi terus hilang.

Bahirah yakin keistimewaan budak inilah yang menyebabkan awan dan pokok itu melindunginya dari pancaran terik suria itu. Bahirah menyambut kedatangan budak itu. Lebih kurang 10 tahun usianya, fikir Bahirah. Budak itu mengambil tempatnya bersama ahli kafilah lain dan menjamah makanan dan minuman yang ada. Bahirah memerhati gerak-geri budak itu dengan teliti lalu ia terus masuk ke biliknya. Dia segera merujuk beberapa kitab lama yang tersimpan di situ.

Setelah beberapa ketika membaca muka-muka surat tertentu dia yakin sangat suatu fakta. Ya, dia sudah membaca beberapa kali dalam kitab lamanya bahawa seorang nabi baru akan turun dihantar Tuhan. Ia keturunan Arab, bukan Yahudi. Dia akan menjadi nabi kepada semua umat manusia. Dalam kitabnya tertulis sifat-sifat dan gerak-geri nabi itu.



Baca artikel penuh dalam Milenia Muslim keluaran November 2009 atau [Langgan Sekarang]
 


 
 
Laman Utama Langganan Komen Info Koleksi Cover  

Best viewed in Mozilla Firefox with resolution 1280 x 1024
© Copyright 2008-2009 MMP Communications Sdn Bhd. All rights reserved