.: Laman Utama .: Langganan .: Hubungi

Lihat Majalah Online (Contoh) Koleksi Cover Majalah Iklankan Produk Anda e-Majalah 2009 e-Majalah 2008

 
  Jin Notti Ulangi humor klise filem Melayu  
  [Kembali ke Laman Utama]
Topik-topik November 2009
Pembesaran Masjidil Haram guna teknologi canggih
Amanah besar Dr Ismawi
Terpaksa korbankan lokasi bersejarah
Gaddafi Hang Jebat dunia Islam
Migrain: Gumpalan wap panas dalam kepala
Wanita Berbeza tapi jangan didiskriminasi
Dinar emas Senjata baru umat Islam
Mekanisme stabilkan ekonomi negara Islam
Jin Notti Ulangi humor klise filem Melayu
Kepulan awan & budak bakal nabi
 
Pertimbangan utama pengeluar, penerbit dan pengarah filem Melayu di Malaysia pada masa ini ialah jumlah kutipan di pawagam. Kutipan tiket dilihat sebagai satu-satu penentu kejayaan sesebuah filem di negara ini. Tidak dinafikan pertimbangan ini juga merupakan ciri utama industri filem di seluruh dunia dalam menentukan kejayaan filem mereka. Filem besar dunia mencatat kutipan sehingga puluhan malahan ratusan juta ringgit di seluruh dunia. Bagaimanapun jumlah kutipan pasaran domestik selalunya memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah filem sebelum ia melangkah ke peringkat antarabangsa.

Namun begitu sebahagian besar industri filem besar dunia melihat pertimbangan jumlah kutipan ini perlu disejajarkan dengan pertimbangan mutu filem. Kita juga memahami bahawa mutu filem amat subjektif sifatnya. Ada yang melihat pertimbangan mutu dari segi teknologi atau pembaharuan tekniknya. Begitu juga yang melihat mutu dari segi kekuatan jalan cerita dan mimetik pelakonnya. Bahkan ada juga yang melihat mutu dari sudut kehebatan aksi yang dipaparkan. Bagaimanapun mutu secara khusus sangat bergantung kepada isi dan kekuatan cerita.

Pertimbangan filem Melayu pada masa ini selalunya gagal melihat kepada pertimbangan mutu lantaran didesak oleh keperluan jangka pendek untuk menampung kos dan membuat untung. Maka mutu, isi dan kekuatan cerita tidak langsung dilihat sebagai sesuatu yang penting dalam pembikinan filem Melayu dewasa ini.

Jin Notti, sebuah humor picisan terbitan KRU cuba menarik penonton dengan menampilkan selebiriti popular seperti Fara Fauzana dan Mawi. Mengulangi strategi lapuk filem Melayu dengan mengeksploitasi populariti bermula sejak era 70-an dan mendapat kejayaan emasnya di tangan Yusuf Haslam menerusi filem-filem cinta pop Awie, Ziana Zain dan Era. Kini KRU menampilkan Jin Notti dengan menumpang formula yang sama. Filem arahan dan lakon layar Azhari Mohd Zain ini tidak menampilkan apa-apa yang baru selain daripada mengulangi humor picisan filem Melayu.


Baca artikel penuh dalam Milenia Muslim keluaran November 2009 atau [Langgan Sekarang]
 


 
 
Laman Utama Langganan Komen Info Koleksi Cover  

Best viewed in Mozilla Firefox with resolution 1280 x 1024
© Copyright 2008-2009 MMP Communications Sdn Bhd. All rights reserved