.: Laman Utama .: Langganan .: Hubungi

Lihat Majalah Online (Contoh) Koleksi Cover Majalah Iklankan Produk Anda e-Majalah 2009 e-Majalah 2008

 
  Wanita Berbeza tapi jangan didiskriminasi  
  [Kembali ke Laman Utama]
Topik-topik November 2009
Pembesaran Masjidil Haram guna teknologi canggih
Amanah besar Dr Ismawi
Terpaksa korbankan lokasi bersejarah
Gaddafi Hang Jebat dunia Islam
Migrain: Gumpalan wap panas dalam kepala
Wanita Berbeza tapi jangan didiskriminasi
Dinar emas Senjata baru umat Islam
Mekanisme stabilkan ekonomi negara Islam
Jin Notti Ulangi humor klise filem Melayu
Kepulan awan & budak bakal nabi
 
Hak wanita merupakan isu global yang menjadi tajuk perbincangan dan diskusi di pentas intelek seantero dunia dalam memastikan hak-hak wanita tidak dicabuli. Dr Siddiq Fadhil dalam makalah beliau bertajuk “Gender: Perspektif dan Pendekatan” menyatakan bahawa wanita perlulah dibezakan dengan lelaki tetapi sama sekali tidak boleh didiskriminasikan demi merealisasikan hikmah penciptaan Tuhan dalam mencapai objektif syariat (maqasid syariah).

Wanita pada zaman tamadun Greek tidak diberikan sebarang keistimewaan dan pembelaan terhadap kaum wanita seperti hak untuk mendapat pendidikan bahkan wanita boleh diperdagangkan di pasar seperti binatang, dijadikan pemuas nafsu lelaki dan kaum Hawa ini hanya layak dalam menguruskan rumah tangga sahaja. Tamadun Yunani tidak jauh berbeza dengan Greek kerana wanita pada masa itu sangatlah hina dan dipandang sebagai makhluk keji dan tidak berharga.

Sebelum kebangkitan Rasulullah SAW dengan membawa risalah Islam di Semenanjung Tanah Arab, wanita boleh dikategorikan sebagai kaum yang lemah dan tidak berharga, bahkan dianggap sebagai hamba dan harta yang boleh dijual beli dan dipindah milik serta boleh diperlakukan sesuka hati tanpa perikemanusiaan.

Maruah dan kehormatan kaum Hawa ini diangkat Allah SWT melalui risalah Rasulullah SAW dengan memberi hak yang luas kepada wanita ini seperti hak perwarisan, kebebasan berfikir, hak ke atas mahar dan sebagainya. Jika dilihat dari sudut sejarah kedatangan Islam di dunia dalam memartabatkan maruah wanita, al-Quran dan hadis telah meletakkan wanita pada kedudukan yang mulia dan tinggi.





Baca artikel penuh dalam Milenia Muslim keluaran November 2009 atau [Langgan Sekarang]
 


 
 
Laman Utama Langganan Komen Info Koleksi Cover  

Best viewed in Mozilla Firefox with resolution 1280 x 1024
© Copyright 2008-2009 MMP Communications Sdn Bhd. All rights reserved