.: Laman Utama .: Langganan .: Hubungi

Lihat Majalah Online (Contoh) Koleksi Cover Majalah Iklankan Produk Anda e-Majalah 2009 e-Majalah 2008

 
  Migrain: Gumpalan wap panas dalam kepala  
  [Kembali ke Laman Utama]
Topik-topik November 2009
Pembesaran Masjidil Haram guna teknologi canggih
Amanah besar Dr Ismawi
Terpaksa korbankan lokasi bersejarah
Gaddafi Hang Jebat dunia Islam
Migrain: Gumpalan wap panas dalam kepala
Wanita Berbeza tapi jangan didiskriminasi
Dinar emas Senjata baru umat Islam
Mekanisme stabilkan ekonomi negara Islam
Jin Notti Ulangi humor klise filem Melayu
Kepulan awan & budak bakal nabi
 
Bulan lalu, pembaca telah disajikan dengan penyakit angin ahmar, cara merawat dan menghindarinya mengikut kaedah al-Quran, hadis Rasulullah SAW turut menyebut bahawa kunci utama untuk menghindarkan penyakit angin ahmar atau disebut strok, ialah ‘lapang hati dalam segala urusan’.

Dalam keluaran ini, diterangkan pula sebab dan musabab terjadinya penyakit migrain iaitu sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut selain diterangkan cara menghindarinya.

Harus diingat, setiap sesuatu yang me-nimpa kita yang tidak kita ingini termasuk penyakit migrain boleh diketegorikan se-bagai musibah. Dalam Islam, setiap musibah kita dianjurkan mengembalikan urusannya kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya, bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Innalillahi wa inna ilahi raji’un’. Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Q S, 2: 155)

Jika penyakit strok dapat kita misalkan sebagai si ‘abang sulung’, maka penyakit ‘migrain’ adalah si ‘angah’ dan penyakit kepala biasa ialah si ‘bongsu’. Sakit kepala adalah rasa sakit yang terjadi pada beberapa bahagian dari kepala atau seluruh kepala. Rasa sakit yang kuat yang terjadi pada satu kepala, bahasa Arabnya disebut ‘syaqqah’, iaitu migrain.




Baca artikel penuh dalam Milenia Muslim keluaran November 2009 atau [Langgan Sekarang]
 


 
 
Laman Utama Langganan Komen Info Koleksi Cover  

Best viewed in Mozilla Firefox with resolution 1280 x 1024
© Copyright 2008-2009 MMP Communications Sdn Bhd. All rights reserved