.: Laman Utama .: Langganan .: Hubungi

Lihat Majalah Online (Contoh) Koleksi Cover Majalah Iklankan Produk Anda e-Majalah 2009 e-Majalah 2008

 
  Terpaksa korbankan lokasi bersejarah  
  [Kembali ke Laman Utama]
Topik-topik November 2009
Pembesaran Masjidil Haram guna teknologi canggih
Amanah besar Dr Ismawi
Terpaksa korbankan lokasi bersejarah
Gaddafi Hang Jebat dunia Islam
Migrain: Gumpalan wap panas dalam kepala
Wanita Berbeza tapi jangan didiskriminasi
Dinar emas Senjata baru umat Islam
Mekanisme stabilkan ekonomi negara Islam
Jin Notti Ulangi humor klise filem Melayu
Kepulan awan & budak bakal nabi
 

Makkah al Mukarramah, kota suci umat Islam menjadi pusat pengumpulan manusia terbesar dari seluruh pelosok dunia terutama apabila tiba musim haji setiap tahun. Justeru, tidak hairanlah kerajaan Arab Saudi mengambil langkah untuk melakukan pembesaran Masjidil Haram yang kini sedang giat dijalankan secara berperingkat-peringkat serta dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Dua tanah haram iaitu Makkah dan Madinah bukanlah milik Arab Saudi tetapi milik orang Islam seluruhnya. Pihak Arab Saudi hanya pembantu yang disebut ‘khadam haramain’. Sebab itulah kerajaan Arab Saudi perlu mengambil pandangan-pandangan umat Islam di dunia selagi ia membawa kebaikan.

Menurut Pegawai Dakwah di Jabatan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Haji Abdul Malik Haji Salleh, proses pembesaran adalah satu tindakan yang baik kerana Islam mengutamakan ‘maslahat’ atau kebaikan daripada ‘darrar’ iaitu perkara yang boleh membebankan, boleh menyusahkan dan memberi mudarat kepada ummah.

“Cuba kita lihat kepada pembinaan jalan saei yang dibuat secara bertingkat-tingkat. Ia adalah satu keperluan melihatkan jumlah jemaah yang datang yang semakin ramai. Sekiranya hanya satu jalan sahaja, ia pasti akan membawa mudarat, mungkin ada jemaah yang terjatuh dan dipijak disebabkan kesesakan,” ujarnya.



Baca artikel penuh dalam Milenia Muslim keluaran November 2009 atau [Langgan Sekarang]
 


 
 
Laman Utama Langganan Komen Info Koleksi Cover  

Best viewed in Mozilla Firefox with resolution 1280 x 1024
© Copyright 2008-2009 MMP Communications Sdn Bhd. All rights reserved