| .: Laman Utama | .: Langganan | .: Hubungi |
![]() |
![]() |
| Lihat Majalah Online (Contoh) | Koleksi Cover Majalah | Iklankan Produk Anda | e-Majalah 2009 | e-Majalah 2008 |
| Pembesaran Masjidil Haram guna teknologi canggih | ||||
| Projek baru itu meliputi kawasan bermula di Jalan Masjid Al-Haram dan Gazza di timur hingga ke Jalan Jabal Al-Ka’bah serta Tanah Perkuburan Shubaika di barat. Ia juga merentasi Jalan Abu Sufyan, Raquba, Jalan Abdullah ibn Zubair, Shamiya, Jabal Hindi, Jalan Khalid ibn Walid dan Shubaika hingga ke Jalan Jabal Kaabah. Terowong pejalan kaki menghubungkan kawasan utara dengan kaki lima baru masjid itu juga terma-suk dalam projek berkenaan. Usaha meratakan Jabal Umar juga giat dijalankan. Apabila siap kelak, beberapa hotel lima bintang akan dibina di sepanjang jalan itu. Perancangan membesarkan kawasan Masjidil Haram yang sedang giat dijalankan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun. Projek itu memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu pembangunan rohani dan konsep mesra alam dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah. Perancangan itu membabitkan kemudahan semua golongan jemaah yang ingin menyempurnakan Rukun Islam kelima itu. Antaranya, mewujudkan laluan khas saie bagi golongan terbabit agar ia tidak bercampur dengan jemaah normal. Apa yang pasti, projek pembesaran Makkah ini menggunakan teknologi tinggi bagi menaiktaraf infrastruktur yang ada ke tahap lebih baik dalam memberi keselesaan kepada jemaah haji dan umrah.
| ||||
| Baca artikel penuh dalam Milenia Muslim keluaran November 2009 atau [Langgan Sekarang] | ||||
![]() |
Best viewed in Mozilla Firefox with resolution 1280 x 1024 © Copyright 2008-2009 MMP Communications Sdn Bhd. All rights reserved |
|||||||||||