Melayu Pendatang atau Penduduk Asal!
Berdasarkan sejarah dan kajian ahli arkeologi, orang Melayu terbukti sudah lama mendiami Tanah Melayu termasuk Melaka yang diketahui umum berada di Alam Melayu atau disebut Malay Archipelago yang meliputi kawasan luas seluruh Nusantara.
IKARMAN Wagino, 54 dari Rengit, Johor mengaku datuknya berasal dari Jawa Tengah dan merantau ke negara ini pada 1905 dan berkahwin dengan orang tempatan. Daeng Salim Daeng Kechik, 48 yang kini menetap di Kuala Lumpur juga mengesahkan ayah dan datuknya berketurunan Bugis yang berhijrah ke Johor.
Seorang lelaki dari Tumpat, Kelantan yang kini berusia 65 tahun pula menyatakan datuk dan neneknya adalah Melayu Champa dari Kemboja sebelum berhijrah ke Kelantan pada awal 1930-an manakala Mohd
Mirza Gulam, 56 pula mengatakan datuknya berasal dari Pakistan dan berkahwin dengan rakyat tempatan.
Kini semua mereka adalah orang Melayu berwarganegara Malaysia. Cuma ada sesetengahnya berwajah
kacukan dan campuran Cina, Mamak, Pakistan, India dan Arab. Malah rata-rata orang Melayu apabila
ditanya asal-usul dan keturunan nenek moyang, mereka mengatakan adalah pendatang dari Indonesia,
India, China, Kemboja malah dari Arab. Mereka seolah-olah tidak mahu mengatakan anak jati negara
ini kerana dikhuairi dituduh keturunan Orang Asli.
Jika begitu andaiannya, Melayu yang menjadi penduduk majoriti negara ini bukanlah anak jati atau penduduk asal negara ini atau mereka juga mungkin layak dikatakan sebagai pendatang seperti Cina dan India. Jadi, siapa penduduk asal negara ini? Adakah Orang Asli boleh dikategorikan sebagai penduduk
asal. Kalau ada yang mempertahankan Melayu sebagai penduduk asal, apa buktinya? Read more...

Menjejaki Warisan 1,000 Tahun Islam di Rusia
Walaupun terpaksa menempuh perjalanan panjang yang meletihkan selama 24 jam (dari KLIA ke Kazan), kami yang mewakili Milenia Muslim bersemangat untuk berkunjung ke Tatarstan, Rusia bagi menjejaki dan melihat sendiri sejauh mana kebangkitan Islam di negara itu setelah menderita di bawah pemerintahan komunis sosialis. Tinjauan eksklusif selama sembilan hari (22 hingga 30 Jun 2010) diharap akan memberi keinsafan dan pengalaman berguna untuk dikongsi bersama.
ELINA Eldar, gadis terpelajar Rusia berusia 24 tahun mengaku dia beragama Islam tapi tidak rajin sembahyang. Dia hanya tahu umat Islam mesti sembahyang lima kali sehari, puasa sebulan dan kalau ada duit pergi haji ke Makkah. Ketika disuruh membaca Surah al-Fatihah, dia tidak tahu, cuma dapat menyebut Alhamdulilla hirrabbil 'alamin... dan selepas itu menggelengkan kepala. Dia hanya boleh mengucap dua kalimah syahadat walaupun merangkak-rangkak dan langsung tidak tahu membaca al-Quran. Itulah pengakuan beliau yang kini mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah dan sedang membuat
ijazah sarjana di Universiti Kazan, Tatarstan. Dia tidak memakai tudung, tapi apabila disuruh memakai tudung ketika memasuki masjid, barulah dia membelinya di kawasan masjid berkenaan.
Mengapa hal ini terjadi? Sudah hilangkah nur Islam di bumi Rusia padahal agama suci itu sudah bertapak lebih 1,000 tahun di negara berkenaan. Mungkinkah pentadbiran komunis selama hampir 400 tahun menyebabkan Islam sudah hilang cahayanya di bumi Rusia khususnya Tatarstan? Apakah masjid indah dan berwarna-warni sekadar menjadi lambang dan hiasan Islam saja? Hal ini perlu dirungkai dengan teliti dan adil bagi memastikan Islam boleh terus bernafas dan teguh di bumi Tatarstan dan seluruh Rusia.
Tatarstan berkeluasan 67,800 kilometer persegi, 800 kilometer dari Moskow bersempadan dengan Bashkortostan, Udmurt, Kirov, Samara dan Chuvash. Negeri itu mengandungi 43 daerah dan mempunyai 20 bandar. Kini, 4.5 juta menghuni Tatarstan yang meliputi 115 etnik dengan 65 peratus penduduknya beragama Islam. Di ibu negerinya, Kazan (sebesar tapi tidak secantik Kuala Lumpur) yang berpenduduk 1.2 juta, lebih separuh beragama Islam. Republik Tatarstan terletak di jantung Rusia dan diapit dua sungai besar, Volga dan Kama. Negara itu relatif tenang dan jauh daripada konflik berbanding Bosnia. Read more...

Putera Charles Kagum
MEREKA yang berpeluang berkunjung ke Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxcis), United Kingdom tentunya terpegun dan berbangga kerana dapat melihat kehalusan seni ukiran kayu bermotifkan seni tradisional Melayu awan larat yang berkonsepkan Islam. Itu tentunya satu pengiktirafan yang hebat dan sekaligus dapat mengangkat seni ukir Melayu.
Kerja-kerja memasang ukiran di Auditorium Malaysia Pusat Pengajian Oxcis sudah mencapai 90 peratus tetapi pemasangan di galeri dan pintu utama terbantut kerana pemasangan tidak dapat dilakukan disebabkan masalah bahagian lain termasuk lantai yang didatangkan dari negara lain. Bagaimanapun kerja-kerja perlu disiapkan menjelang November ini.
Pemasangan di Auditorium, galeri dan pintu utama itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan Malaysia menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Oxcis pada 2006. Pemasangan ukiran itu tentunya untuk membuktikan dan menunjukkan sumbangan Malaysia kepada dunia mengenai kehebatan seni ukir Melayu.
Menerusi MoU berkenaan, kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dulunya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) bersetuju menyumbangkan dalam bentuk membekal dan melaksanakan kerja hiasan dalaman auditorium itu yang kini dinamakan Auditorium Malaysia dengan ukiran kayu tempatan. Antara 80 hingga 140 tan kayu merbau akan digunakan untuk kerja-kerja di situ. Read more...

Rawat Buasir dengan Hempedu Kambing
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
BUASIR adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ia boleh berlaku sama ada di dalam atau di luar dubur. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan ke atas otot dubur yang terkeluar sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat pedih dan perit.
Dua jenis penyakit buasir:
Buasir Dalaman: Buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak bahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran: Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau mengembang, terjadinya buasir dan sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya. Read more...